Cara Paling Mudah Khatam Al-Quran Dalam Masa Sebulan


tips, cara, muda, khatam al-quran, singkat, terdekat, sebulan sahaja, arab, bacaan, istiqomah

Pada zaman Rasulullah saw, ada para sahabat Nabi yang mengkhatam al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Tapi, Nabi saw ada memberi pesan, kalau nak khatam dalam masa yang singkat, jangan khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.” (HR al-Bukhari)

Ini supaya kita membacanya dalam keadaan baik, tidak gopoh dan membacanya dengan penuh penghayatan. Kalau baca kelam kelibut pun tiada gunanya juga. Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya kita tidak melupakan tugas dan peranan harian kita menempuh aktiviti duniawi. Tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini pun kena jaga.

Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mampu khatam dalam masa yang lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Tapi, mereka melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan. Sambil tidak mengganggu aktiviti harian dan tugasan mereka. Contohnya Imam Syafi'e diriwayatkan mampu khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Masha Allah! Hebat!

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Di sini ingin dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam tempoh sebulan.

tips, cara, muda, khatam al-quran, singkat, terdekat, sebulan sahaja, arab, bacaan, istiqomah

Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci al-Quran. Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut.

Jangan lupa share ilmu ini kepada rakan anda, semoga beroleh manfaat.
sumber

Cara Paling Mudah Khatam Al-Quran Dalam Masa Sebulan Cara Paling Mudah Khatam Al-Quran Dalam Masa Sebulan Reviewed by Admin on 3:03:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.