Tangan Suri Rumah Hampir Putus Dan Perut Terburai


tangan hampir putus, perut terburai, kena bom buatan sendiri, suri rumah, cedera parah, kotak kecil, meletup, hospital, cina, pasar, kawasan pagar rumah, anak lelaki, mata, telinga, serpihan bom, rawat, hsah, stabil, hubungi, siasat, polis, bahan, dendam, saing, niaga

SUNGAI PETANI — Seorang suri rumah cedera parah dengan kedua belah tangannya hampir putus dan perut terburai apabila sebuah kotak kecil yang dipegangnya meletup dalam satu kejadian di Taman Angsana Sari di sini hari ini.

Tan Cheng Fang, 48, dikejarkan ke hospital swasta berhampiran kediamannya dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi menjalani pembedahan segera.

Kejadian itu berlaku apabila beliau yang baru pulang membeli keperluan harian di pasar berdekatan ternampak satu kotak kecil yang diletakkan dalam kawasan pagar rumahnya kira-kira pukul 8.21 pagi itu dan cuba mengambilnya apabila dengan tiba-tiba ia meletup.

Anak lelakinya yang berusia 11 tahun yang berada berdekatannya turut cedera di bahagian mata dan telinga terkena serpihan bom itu dan kini dirawat di HSAH.

Keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Ong Aik Chang yang dihubungi berkata siasatan awal polis mendapati kotak tersebut dipercayai mengandungi bom buatan sendiri yang diperbuat daripada beberapa bahan yang belum diketahui.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada dendam akibat persaingan perniagaan.— Bernama

Tangan Suri Rumah Hampir Putus Dan Perut Terburai Tangan Suri Rumah Hampir Putus Dan Perut Terburai Reviewed by Admin on 8:17:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.