Rejim Zionis Cabul Kesucian Masjid Al-Aqsa


gambar, terkini, isu, masjid al-aqsa, baitulmaqdis, israel, rejim zionis, sejarah, islam, tinggalan, musnah, hancur, amaran, tujuan gali tanah, saudara, gagal, islam, cabul, kesucian, serius
Kerja penggalian di Masjid Al-Aqsa tersebut didakwa akan memusnahkan tinggalan bersejarah dan kebudayaan Islam di sekitarnya.

BAITULMAQDIS – Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (Afeh), awal minggu lalu memberi amaran bahawa pihak berkuasa Israel kini sedang giat melakukan penggalian terbesar dalam tempoh 150 tahun di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Jurucakap Afeh mendakwa tindakan biadab rejim Zionis sejak 10 tahun lalu itu kononnya bertujuan untuk menempa sejarah dengan mewujudkan bandar bawah tanah Yahudi dan di sekitar kawasan tersebut.

Difahamkan, tiga cabang penggalian untuk menghasilkan rangkaian terowong dijalankan di bawah masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Sebagai tanda membantah tindakan rejim Zionis itu, Afeh menggesa saudara Islam di seluruh dunia untuk bersatu menggagalkan usaha mereka kerana ia satu pencabulan serius terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis tersebut.
sumber

Rejim Zionis Cabul Kesucian Masjid Al-Aqsa Rejim Zionis Cabul Kesucian Masjid Al-Aqsa Reviewed by Admin on 11:43:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.