Rita Rudaini Fail Bantahan Perintah Kembali Taat


isu, rida rudaini, penceraian, fail, bantahan, tolak, pohon, perintah kembali taaf, suami, kes, cerai, peguam, mahkamah

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Rita Rudaini memfailkan bantahan awal di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bagi menolak permohonan perintah kembali taat yang dikemukakan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.

Peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohamad @ Mokhtar, 36, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mendapat arahan daripada anak guamnya untuk mendapatkan tarikh sebutan bagi memasukkan bantahan awal berkenaan.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Julai depan untuk memberi peluang kepada Rita Rudaini (defendan) memasukkan bantahan awalnya berhubung permohonan perintah kembali taat difailkan Mohamad Aidil Zafuan (plaintif) pada 15 Mei lalu.

Terdahulu Rita Rudaini hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi, manakala Aidil Zafuan dan peguam syarienya, Ahmad Nazib Johari tidak hadir, namun mewakilkan seorang peguam dari Tetuan Ahmad Nazib & Associates.
sumber

Rita Rudaini Fail Bantahan Perintah Kembali Taat Rita Rudaini Fail Bantahan Perintah Kembali Taat Reviewed by Admin on 5:42:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.