Kulit tapak kaki pecah-pecah memang sering menjadi masalah tersendiri atau mengganggu penampilan bagi sebahagian orang terutama wanita. Kerana, selain kelihatan tidak indah, tapak kaki yang pecah-pecah juga menyebabkan kulit telapak kaki menjadi kering dan terdedah akan kuman yang masuk ke dalam tubuh melalui celah-celah di telapak kaki tersebut.
Kulit pada tapak kaki lebih tebal daripada bahagian yang lain, kerana memang telapak kaki mempunyai tugas berat. Bayangkan harus berdiri menopang tubuh, serta menjadi kulit pertama yang mengalami hentakan, apabila berjalan. Hentakan dan tekanan pada tumit membuat kulit kaki menjadi terdedah pecah.
Selain itu, menurut Dr Maria Dwikarya, SPKK, dari Klinik Tomang, Jakarta Barat, seperti yang dipetik dari Kompas.com. Ternyata penyebab kulit telapak kaki yang pecah-pecah boleh disebabkan oleh dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor internal, di antaranya usia dan gangguan hormon. Bertambahnya usia seseorang membuat keadaan tubuhnya mengalami penurunan kualiti, termasuk kaki, sehingga terdedah mengalami pelbagai permasalahan. Sedangkan faktor luaran, antara lain perubahan cuaca yang drastik dan penggunaan sabun atau detergen. Kandungan soda dalam detergen menyebabkan kulit kaki kehilangan kelembapannya dalam jumlah yang besar, sehingga membuatnya jadi sangat kering dan akhirnya pecah-pecah.
Ini Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah:
- Rendam kaki anda dalam air hangat selama sekurang-kurangnya lima minit untuk melembutkan kulit secara menyeluruh. Tambah baby oil atau susu dalam tab perendaman untuk membantu melembutkannya. Selain itu, minyak antiseptik (tree tea oil atau peppermint) boleh membantu untuk memerangi jangkitan ringan.
- Gosok kaki dengan exfoliator. Anda boleh membuatnya dengan campuran madu, minyak zaitun, dan gula merah tumbuk.
- Bilas kaki sambil digosok dengan batu apung untuk memuluskan tumit yang kasar dan kapalan. Jangan menggosok terlalu kuat. Sebab akan menimbulkan luka dan hasilnya kulit kembali pecah-pecah dan kapalan.
- Jika mencari daerah yang sangat keras, teteskan perasan jus lemon.
- Terakhir setelah kering, sapukan foot cream lalu bungkus kaki dengan kaus kaki. Lakukan ini setiap minggu.
Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah
Reviewed by Admin
on
10:23:00 PTG
Rating: