Tragedi Pagi Syawal: Pemuda Lemas Motosikal Terbabas Ke Dalam Tali Air



ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air sedalam satu meter di Kampung Kuala Lanjut dekat sini, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 10 pagi apabila motosikal yang ditunggang mangsa Mohammad Aziz Mehad, 21, bersama anak saudaranya, Mohammad Khairul Azhar Mohd Saman, 3, terbabas ke dalam tali air ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit.

Bagaimanapun Mohamad Khairul tidak mengalami kecederaan apabila diselamatkan oleh orang ramai yang melihat kejadian itu.

Abang mangsa, Mohammad Nizam, 26, berkata adiknya yang bekerja mengambil upah kerja-kerja sawah sebelum itu mahu pergi beraya bersama rakan-rakannya dan terpaksa menuruti permintaan Mohamad Khairul yang mengajak mangsa ke kedai runcit.

"Mungkin mangsa pening sebab dia tidak tidur semalam punca dia terbabas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB) di sini.

Mohammad Nizam berkata, orang ramai yang ada di tempat kejadian hanya sempat menyelamatkan anak saudaranya dan gagal menyelamatkan mangsa.

Mohammad Nizam, yang mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa adik melalui orang kampung, terus ke tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital.

Mayat mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kuala Lanjut lewat petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu. - Bernama

Tragedi Pagi Syawal: Pemuda Lemas Motosikal Terbabas Ke Dalam Tali Air Tragedi Pagi Syawal: Pemuda Lemas Motosikal Terbabas Ke Dalam Tali Air Reviewed by Admin on 11:13:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.