Ustaz Don-Husna Selamat Diijab Kabul


Ustaz Don dan Husna menjadi tumpuan anggota keluarga dan rakan selepas majlis pernikahan pagi semalam. - Foto ihsan

SHAH ALAM - Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah pagi semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie.

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.

Dalam kenyataannya dipetik Amin Idris Personaliti Al-Hijrah, Don, seorang penceramah bebas berkata: "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin."

Menurut satu blog hiburan Beautifulnara pula, pasangan pengantin baru itu bakal bersanding 1 September ini.

Husna seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu juga turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial.

Awal Mei lalu, beliau mengakui bahawa dirinya sudah pun bertunang selepas tersebarnya gambar majlis pertunangannya. Majlis pertunangan dikatakan diadakan Mac lalu.

Kad majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna. - Foto ihsan melyssanadiea.blogspot.com

Ustaz Don-Husna Selamat Diijab Kabul Ustaz Don-Husna Selamat Diijab Kabul Reviewed by Admin on 9:42:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.