Dibelasah Sampai Mati Kerana Hutang RM30



KUALA LUMPUR — Hanya kerana meminta membayar hutang RM30, seorang buruh kontrak mati setelah dibelasah rakannya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, dekat sini awal pagi semalam.

Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 4 pagi tadi akibat cedera parah di kepala dan tangan kirinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt. Tan Ah Chua berkata, kejadian itu dipercayai berlaku setelah suspek, seorang lelaki berusia 55 tahun, berang apabila Mohamad Khairul Anuar meminta membayar hutangnya.

"Pada kira-kira 6 petang Sabtu lepas, mangsa dikatakan bergaduh dengan suspek yang berhutang RM30 dengannya.

"Akibat tidak puas hati dengan pergaduhan itu, suspek dan rakannya pergi ke rumah sewa mangsa kira-kira 4.30 pagi semalam menyerang mangsa menggunakan kayu panjang,” katanya dalam sistem pesanan ringkas di sini hari ini.— BERNAMA

Dibelasah Sampai Mati Kerana Hutang RM30 Dibelasah Sampai Mati Kerana Hutang RM30 Reviewed by Admin on 10:58:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.