Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
“Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir,” katanya.
Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah.
Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.
Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya.
Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit.
“Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan.
Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya,” kata Lim.
Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik.
“Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang,” katanya.
Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.
Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun. – MStar
Lagi Pesalah Seks Terlepas Hukuman Penjara
Reviewed by Admin
on
9:03:00 PG
Rating: