Malaysia Negara Ke-8 Paling Bahagia



Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.

"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.

"Saya berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan kita adalah selari dengan kebahagian masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan PDRM ke-24 di Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini, hari ini.

Justeru katanya, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini terus hidup aman dan bahagia.— BERNAMA

Malaysia Negara Ke-8 Paling Bahagia Malaysia Negara Ke-8 Paling Bahagia Reviewed by Admin on 9:03:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.