Ustaz Zaharuddin - Isu Doa Kezaliman Orang lain



Mendoakan kemudaratan, balasan buruk & kemusnahan terhadap sesuatu organisasi malah individu yang dirasakan menzalimi adalah HARUS namun lebih baik dengan tambahan adab doa seperti mengikat balasan dan bala itu dengan "JIKA MEREKA BENAR-BENAR ZALIM". Ini adalah penting kerana penilaian manusia adalah lemah dan mudah tersasar, yang adil mungkin dikatakan zalim & sebaliknya, maka sebaiknya diSERAHKAN kepada Allah yang Maha Mengetahui melalui "JIKA" tadi. Itu merupakan tanda rendah diri kita dan sedarnya kita, penilaian kemanusian kita mungkin tersasar dek kerana emosi. Selain itu, mendoakan keinsafan dan hidayah itu pastinya lebih baik berbanding musibah walaupun benar-benar zalim, namun ini sememangnya sukar.

Ustaz Zaharuddin - Isu Doa Kezaliman Orang lain Ustaz Zaharuddin - Isu Doa Kezaliman Orang lain Reviewed by Admin on 8:18:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.