Isu Geng Baju Merah Bertindak Samsing, KJ Akhirnya Buka Mulut



PETALING JAYA, 9 Okt — Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan segelintir anggota Gerakan Baju Merah yang dilaporkan menyerang seorang peserta konvoi motosikal Bersih 5 di Sabak Bernam, Selangor semalam.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan tindakan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini yang mengamalkan demokrasi.



“(Insiden) ini kita tidak boleh terima. Sesiapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam dan saya harap polis mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada perlawanan akhir Cabaran Badminton Asics di sini, hari ini.

Seorang pemuda bermotosikal berkuasa tinggi yang memakai baju Bersih 5.0, dilaporkan telah diserang oleh segelintir penyokong anggota Gerakan Baju Merah ketika melalui satu kawasan di Sabak Bernam yang menjadi viral di laman sosial. — Bernama

Isu Geng Baju Merah Bertindak Samsing, KJ Akhirnya Buka Mulut Isu Geng Baju Merah Bertindak Samsing, KJ Akhirnya Buka Mulut Reviewed by Admin on 11:05:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.