(Video) Anak Maut (Patah Tulang Leher) Ditimpa Bapa Ketika Bermain 'Kereta Api'



GUANGZHOU - CHINA. Seorang kanak-kanak dilaporkan maut selepas ayahnya jatuh terduduk di bahagian kepala.

Menurut laporan Dailymail, sebuah video viral menunjukkan kanak-kanak yang berada di belakang ayahnya bergayut di bahagian tangan seperti buai.

Ayahnya kemudian hilang imbangan badan lalu terjatuh dan bahagian punggungnya menghempap kepala mangsa.

Laporan South China Morning Post mengatakan mangsa patah leher dan diisytiharkan meninggal dunia di hospital.

Video CCTV yang merakam kejadian tersebut kemudian viral di laman sosial di China untuk menyedarkan bahaya dan risiko kematian yang tidak disangka ketika bermain bersama anak.


Sumber: Sinarharian.com.my



(Video) Anak Maut (Patah Tulang Leher) Ditimpa Bapa Ketika Bermain 'Kereta Api' (Video) Anak Maut (Patah Tulang Leher) Ditimpa Bapa Ketika Bermain 'Kereta Api' Reviewed by Admin on 7:57:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.