Reaksi Mengejutkan PM Australia Terhadap Hukuman Malaysia Terhadap Rakyatnya



SYDNEY, 7 Muharam 1438H, Sabtu – Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull menyifatkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Malaysia terhadap sembilan rakyatnya yang memakai seluar renang bercorak Jalur Gemilang ketika Grand Prix (GP) Formula One (F1) baru-baru ini sebagai ringan.

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia bersikap lembut terhadap mereka yang terlibat iaiatu dengan hanya memberi amaran untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang, sepatutnya ia dipandang serius.

Bagaimanapun, Malcolm turut menasihati rakyatnya untuk menghormati dan mematuhi undang-undang ketika berkunjung ke luar negara.

“Sama seperti apa yang kita harap daripada pelancong dari luar negara untuk menghormati dan mematuhi undang-undang Australia semasa berkunjung ke negara kita,’’ katanya.

Susulan itu, kelapan mereka yang mula digelar sebagai ‘Budgie Nine’ telah selamat dihantar pulang manakala salah seorang tertuduh, penasihat kanan Menteri Pertahanan Australia, Jack Robert Walker masih berada di Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut mengenai jawatan yang disandangnya.

Sebelum ini kesemua mereka ditahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas didapati menghina negara dengan memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang.

Mereka direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, termasuk Seksyen 14 iaitu berkelakuan tidak senonoh di kawasan awam.

Kemudian, mereka dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang tanpa sabitan pada Khamis lepas. – Agensi

Sumber: Ismaweb.net

Reaksi Mengejutkan PM Australia Terhadap Hukuman Malaysia Terhadap Rakyatnya Reaksi Mengejutkan PM Australia Terhadap Hukuman Malaysia Terhadap Rakyatnya Reviewed by Admin on 8:26:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.