Penglibatannya yang serius dalam bidang politik hanyalah kerana untuk melawan keluarga kerajaan Iran khususnya Shah Mohammed Reza Pahlavi yang memerintah ketika itu.
Setiap ayat atau kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Khomeini dianggap sebagai keramat oleh para pengikutnya sehinggakan mereka mengangkat Khomeini sebagai Imam Mahdi dan membenarkan segala ajaran dan pegangan yang dibawa Khomeini.
Malah, negara kita sendiri pernah mendengar nama tokoh ini di mana terbabit secara langsung apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pemahaman Khomeini yang menjatuhkan hukuman bunuh kepada Salman Rushdie kerana membangkang pemahaman liberal Salman terhadap agama Islam.
Sepanjang hayat Khomeini menyebarkan pemahaman dan ajarannya, semua pengikutnya tunduk dan patuh kepadanya. Bagaimana pula sewaktu Khomeini meninggal dunia?
Menerusi blog Takusahrisau.wordpress, penulis blog tersebut menceritakan tentang insiden ganjil yang berlaku ke atas diri Khomeini sewaktu beliau dibawa untuk dikebumikan.
Dek kerana pemahaman syiah yang terlalu kuat dan Khomeini disanjung tinggi di kalangan pengikut-pengikutnya, keranda Khomeini telah dimusnahkan oleh pengikut-pengikutnya.
Malah, mayatnya yang dikafan rapi, direntap oleh para pengikut sehingga tercarik habis kain kafannya hingga menampakkan anggota tubuh Khomeini.
Pada fikiran pengikut-pengikut Khomeini, kain kafan Khomeini itu dapat memberikan keberkatan kepada diri mereka.
Subhanallah!
sumber
Fakta : Kain Kafan Imam Khomeini Dicarik
Reviewed by Admin
on
6:27:00 PG
Rating: