Budak Berbuih Dipatuk Ular Ketika Membuat Persembahan



PARIT BUNTAR: Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang memiliki kepandaian bermain ular dikejarkan ke hospital selepas dipatuk haiwan berbisa itu ketika mengadakan persembahan sempena Program Fiesta Pelancongan peringkat daerah Kerian di Dataran Pinggiran Sungai Kerian di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku jam 11.30 pagi ke atas Mohd Amirul Azimi itu mengejutkan orang ramai menyaksikan pertunjukan berkenaan apabila melihat mangsa rebah dengan mulutnya berbuih dipatuk ular berkenaan.

Ketika itu, mangsa menunjukkan aksi bermain ular bersama bapanya, Yahaya Abdullah, 60, pada majlis perasmian program sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

Ular itu mematuk pipi kanan Mohd Amirul sehingga mengeluarkan darah sebelum mulutnya berbuih dan jatuh tertiarap. Mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar (HPB) untuk mendapatkan rawatan.

Yahaya yang tinggal di Perumahan TPMS Bukit Merah, di sini, berkata, kejadian seperti itu pernah berlaku ke atas anaknya, tetapi dia tidak bimbang kerana yakin anaknya selamat.

“Bagaimanapun, kejadian seperti itu sudah menjadi perkara biasa dalam persembahan seperti ini. Saya bersyukur kerana anak lelaki saya selamat.

“Saya ada cara merawat jika berlaku kejadian seperti ini selain mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Menurut beliau, pertunjukan itu mempamerkan kemahiran permainan ular dengan pelbagai gaya. Katanya, spesies ular dibawa untuk pertunjukan itu ialah ular tiong, rusuk kerbun, gelia, king kobra dan koca kobra.

Yahaya berpengalaman lebih 20 tahun bermain ular termasuk membuat pertunjukan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak berkata, walaupun selepas kejadian itu dia yakin anak lelakinya pasti bersemangat semula menunjukkan kepandaian bermain ular diwarisi daripadanya.

“Anak saya itu baru beberapa tahun bersama menjayakan persembahan, dia sudah mampu menunjukkan kemahiran permainan ular. Anak bongsu daripada lima beradik itu mempunyai minat mendalam dan berbakat dalam bermain ular,” katanya.
sumber

Budak Berbuih Dipatuk Ular Ketika Membuat Persembahan Budak Berbuih Dipatuk Ular Ketika Membuat Persembahan Reviewed by Admin on 9:55:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.