Zed Kecam Astro, Caj Mahal, Servis?




Nampaknya, Zed makin lantang bersuara menegakkan isu artis pada masa sama untuk kebaikan rakyat Malaysia. Lagi isu berbangkit berkenaan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.

Dia telah mengecam tindakan syarikat stesen televisyen berbayar di Malaysia, Astro apabila kadar bayaran yang dikenakan oleh syarikat berkenaan tidak bertepatan dengan kandungan siaran serta servis kepada pelanggannya.

“Bila lambat bayar sehari, terus kena potong. Nak sambung kena caj.

“Lepas tu bila hujan, siaran tergendala. Caj bulanan tetap sama.

“Tiada pilihan, penonton tetap kena bayar walaupun semalaman tak dapat tengok sebab hujan, lagi teruk kalau musin hujan,” tegas Zed ketika dihubungi MyNewsHub hari ini.

Dari apa yang disampaikan oleh Zed itu, jelas dia begitu kesal dengan perkhidmatan serta kandungan yang disajikan oleh Astro.

Pada masa yang sama, Zed turut memperjuangkan isu royalti pelakon filem/drama yang tidak diberi royalti walaupun ia ditayangkan beberapa kali menerusi saluran-saluran Astro.

“Bila kita bayar, kita harapkan tiada iklan atau iklan itu berkurangan. Tapi tidak. Berlambak iklan.

“Mereka (Astro) seronok dapat untung, tapi pelanggan asyik tengok drama/filem berulang kali tayang.

“Dah untung besar, ulang tayang (drama/filem) banyak kali, ada ke bayar royalti dekat pelakon?,” ujar Zed dalam nada kesal.

Malah, Zed juga amat berharap supaya pihak syarikat stesen televisyen di Malaysia terutama syarikat yang mengenakan bayaran dari pelanggannya untuk membuat bayaran royalti kepada para pelakon.

Ujarnya lagi, syarikat televisyen yang mengaut untung dari pelanggan serta pemasaran iklan seharusnya memberi servis yang terbaik serta menyajikan sesuatu yang ‘tip top’ kepada pelanggannya.

Selain itu, Zed juga kecewa apabila kandungan siaran Astro sempena Syawal kali ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.

Isu itu berbangkit lantaran dari kenyataan ‘panas’ Zed Zaidi menerusi akaun Twitter miliknya yang mengecam tindakan Astro yang ‘memakan’ duit pelanggannya pada masa sama tidak memberi perkhidmatan serta sajian kandungan yang berulang.



Zed Kecam Astro, Caj Mahal, Servis? Zed Kecam Astro, Caj Mahal, Servis? Reviewed by Admin on 2:42:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.