Giliran Ayu, Shila dan Nurul Berhijrah



ALHAMDULILLAH, langit Ramadan sentiasa memberikan rahmat serta berkat buat muslimin dan muslimat.

Dalam enak melayari Ramadan yang terasa cepat benar berjalan, Diva rasa khalayak sudah ramai yang tahu tentang berita penghijrahan beberapa artis tempatan.

Gambar Shila Amzah bertudung yang tersebar luas kini menjadi topik perbincangan di internet. Shila yang bermata bulat kelihatan cantik mengenakan tudung. Manis, pasti abang Sharnaaz makin sayang.

Diva dapat cerita juga yang Nurul Syuhada Nurul Ain, pengacara yang manis berlesung pipit dan bijak berbicara juga tampil bertudung dalam program Malaysia Hari Ini (MHI). Diva tak sempat tengok program itu.

Terbaharu, Diva dengar pelakon dan isteri Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah pun sudah mengenakan hijab. Teman Diva memberitahu yang Ayu minta dia sediakan tudung untuk tujuan fotografi kerana dia kini berhijab.

Semoga ramai lagi yang berhijab dan jalankan tanggungjawab sebagai muslimat dengan lemah lembut dan cara yang benar.
sumber

Giliran Ayu, Shila dan Nurul Berhijrah Giliran Ayu, Shila dan Nurul Berhijrah Reviewed by Admin on 6:11:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.