Banduan Sorok Telefon Bimbit Dalam Dubur


KOTTE - Taktik seorang banduan di Sri Lanka untuk menyembunyikan telefon bimbit di dalam duburnya gagal selepas alat mudah alih itu berdering secara tiba-tiba hingga disedari pengawal penjara Welikada.

gambar hiasan

Susulan daripada insiden tersebut, tahanan berumur 58 tahun yang sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan mencuri itu terpaksa dibawa ke hospital di Colombo.

Sebelum ini, media melaporkan isu banduan memiliki telefon bimbit telah menjadi masalah utama walaupun alat komunikasi tersebut dilarang di bawah peraturan penjara.

November lalu, rusuhan ganas tercetus di pusat tahanan di negara tersebut selepas pegawai dari Pasukan Petugas Khas menggeledah sel untuk mencari telefon bimbit dan dadah yang berjaya diseludup masuk ke penjara. - MailOnline

Banduan Sorok Telefon Bimbit Dalam Dubur Banduan Sorok Telefon Bimbit Dalam Dubur Reviewed by Admin on 12:29:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.