Seorang tentera Israel memicu kecaman dengan menerbitkan foto yang menunjukkan bahagian belakang kepala seorang remaja lelaki Palestin terlihat melalui pembidik senapang. Tentera Israel menyatakan perilaku tentera yang menayangkan gambar di laman foto Instagram itu akan diselidiki. Media Israel mengenali tentera itu sebagai perajurit berusia 20 tahun dan bertugas wilayah pendudukan Tebing Barat. Pejabat Palestin, yang menginginkan Tebing Barat sebagai bahagian dari wilayah negaranya di masa depan, mengutuk penayangan foto tersebut dengan menyebutnya sebagai bukti bahawa pasukan Israel tidak berperikemanusiaan.
Tidak dapat dipastikan samaada foto itu diambil di Tebing Barat - namun tentera Israel mengakui bahawa komandan prajurit itu telah diberitahu dan masalah tersebut akan ditangani. "Gambar tersebut tidak sejajar dengan nilai atau kod etik IDF (Angkatan Bersenjata Israel)," kata pernyataan tentera. AFP
Terkini : Sekeping Gambar Di Instagram Dikecam!
Reviewed by
Admin
on
9:00:00 PG
Rating:
5