Perdana Menteri Lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia



Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan satu lagi SKIM yang diberi nama Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M). Skim ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan dan juga perbelanjaan harian.

Perdana menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.

"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran skim tersebut di Putrajaya hari ini.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPPIM) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.

Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.

"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran skim tersebut hari ini.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara.

Bagi tujuan itu, jumlah jaminan kerajaan ialah RM500 juta merangkumi peratusan jaminan sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah dana SPP1M yang berjumlah RM5 bilion.

SPP1M ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan dalam sistem penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA 2011) oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan berdaftar dengan YPPB.

Senarai pengajian pula adalah berdasarkan National Education Code yang akan disediakan di dalam laman sesawang www.penerajuedu.com. dalam masa terdekat.

Pada 2011, terdapat 943,548 pelajar melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dan daripada jumlah itu 508,256 melanjutkan pengajian di IPT awam, 482,973 di IPT swasta dan 6,319 di kolej komuniti.

Pelajar yang menyambung pengajian ke institusi luar negara pula berjumlah 89,686 di mana 27,003 pelajar di bawah tajaan kerajaan, korporat, serta agensi lain sementara 62,683 atas tajaan sendiri.

Perdana Menteri Lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia Perdana Menteri Lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia Reviewed by Admin on 11:07:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.