Kisah Misteri Senyuman Monalisa



Pelukis : Leonardo da Vinci
Tahun : 1503-1519 (16 tahun baru siap lukis potret nih. paling lama nak lukis bahagian
mulut/senyuman)
Jenis: Oil on poplar
Size : 77cm X 53cm
Nilai : US768M (RM2.53 billion)

Senyuman agung yang dapat memikat banyak interpretasi, teori, polemik, filem, lagu, puisi dan juga parodi. Sementara si pemberi senyuman itu mungkin hanya sekadar tersenyum sahaja dan tidak memiliki maksud apapun dari senyumannya itu kerana dia hanya terpaku secara keseorangan sahaja di dinding Museum Louvre, Perancis. Itulah senyum Monalisa, sebuah ekspresi dari lukisan/potret karya agung Leonardo da Vinci.

Lukisan ini sudah berusia lebih dari 500 tahun. Ianya masih lagi dalam keadaan baik. Ia juga pernah dicuri pada 21 August 1911 semasa dipamerkan di Musée du Louvre, Paris.

Lukisan Mona Lisa sehingga sekarang ini dipercayai merupakan karya seni yang paling banyak dilihat di seluruh dunia. Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa potret ini telah disalin serta dicetak sehingga berjuta-juta dan diedarkan di seluruh dunia.Lukisan aslinya itu telah dipamerkan di Muzium Lourve yang mana muzium tersebut dikunjungi oleh beribu-ribu pengunjung yang datang setiap hari.

Sejarah asal usul Monalisa


1. Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.

2. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

3. Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

4. Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua- dua wajah itu adalah selari.

Fakta Unik mengenai potret Monalisa

1. Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.

2. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

3. Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.

4. Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.

5.Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

6. Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai  di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

5. Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Misteri senyuman Monalisa

1. Identiti Monalisa itu sendiri.

2. Riak wajah Monalisa.

3. Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.

4. Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.

5. Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.

6. Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 77cm lebar dan 53cm panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat (kalis peluru) di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Musée du Louvre (muzium), Paris, Perancis semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.


Kisah Misteri Senyuman Monalisa Kisah Misteri Senyuman Monalisa Reviewed by Admin on 11:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.