Misteri Ucapan Neil Amstrong



20 Julai 1969, Komander Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong mencatat sejarah sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah, "That's one small step for man, one giant leap for mankind".

Ucapan keramat tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV secara langsung di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri iaitu, "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada ketika itu, orang-orang di NASA berpendapat ia hanya suatu sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat, tidak ada nama Gorsky dalam rekrut angkasawan Amerika mahupun Soviet.

Bertahun-tahun selepas itu, ternyata masih ramai yang masih tertanya-tanya dan bingung memikirkan maksud sebenar ucapan Armstrong itu. Setiap kali diajukan soalan, Armstrong hanya tersenyum tanpa mahu mendedahkan apa yang dimaksudkannya itu.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam sebuah temubual, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Kali ini barulah Armstrong mahu mendedahkan rahsia tersirat soalan itu. Katanya, disebabkan Mr. Gorsky telah meninggal dunia, maka beliau berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Ceritanya bermula pada tahun 1938, iaitu ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman rumah. Sedang asyik bermain, salah seorang rakannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Tuan empunya rumah tersebut ialah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola, dia terdengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah kepada Mr. Gorsky. Dan jeritan itulah yang membuatkan Armstrong yang masih kecil pada masa itu tidak boleh melupakan kejadian itu seumur hidupnya.

Kata Mrs. Gorsky, "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!!!"


p/s: Cerita ni admin tak pasti betul ke salah, kalau tak nak caya sudah, tak berdosa pon.. Hahaha


Misteri Ucapan Neil Amstrong Misteri Ucapan Neil Amstrong Reviewed by Admin on 11:38:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.