Highgate Cemetery, North London, England dibuka pada tahun 1839. Selain daripada jasad orang2 terkenal yang dikebumikan di sana seperti Karl Marx, Douglas Adams, dan ibu bapa Charles Dickens, Highgate Cemetery telah lama diketahui mempunyai pelbagai aktiviti paranormal dan keganjilan lain, termasuk:
• jelmaan yang paling terkenal di tanah perkuburan ini adaylah Vampire Highgate, bukan vampire dalam erti kata klasik, tetapi hantu yang digambarkan sebagai jelmaan 7-kaki tinggi, berkulit agak gelap dan bertindik, hypnotic eyes dan memakai kot panjang berwarna hitam dan topi yang tinggi, dan kemudian dia seolah-olah menghilang ke udara. Kejadian ini berlaku sejak 1960-an.
• Seorang lelaki yang keretanya rosak berhampiran tanah perkuburan didatangi dengan jelmaan yang bermata merah memandangnya melalui pintu besi tanah perkuburan.
• hantu seorang perempuan tua gila telah dilihat berlari-lari di antara batu nisan, dengan rambut panjang beruban, dia mencari anak-anaknya yang dikatakan telah dibunuh.
• Jelmaan gelap dilihat berdiri sambil merenung ke angkasa. Apabila ia dihampiri, ia menghilang dan kemudian muncul semula di tempat lain dalam jarak yang agak dekat, dan masih merenung ke dalam kekosongan.
• Seorang ahli perniagaan terkejut melihat oleh jelmaan yang melompat atas pagar dan mendarat betul-betul di hadapannya. Beliau menyifatkan ia sebagai mempunyai telinga tajam, mata bercahaya, dan hidung yang besar. Jelmaan itu mungkin Spring-Heeled Jack.
• hantu menyerupai nun telah dilihat terapung-apung di kuburan.
Misteri Jelmaan di Kubur Lama di North London, England
Reviewed by
Admin
on
11:45:00 PTG
Rating:
5