Tiada siapa menyangka ada satu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru. Pada tahun 1920 sebuah pesawat komersial telah melintasi gurun berkenaan, juruterbang dan penumpang tergamam dan berasa hairan melihat pelbagai objek garisan lukisan aneh tertera di permukaan gurun itu.
Pelbagai lukisan bersaiz besar dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun. Lukisan tersebut mencapai ratusan meter panjang dan tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara.
Teori Mengenai Lukisan Nazca
Pelbagai persoalan mula timbul tentang misteri lukisan tersebut. Seorang doktor tempatan Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara ahli sains pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927 dan selepas itu ramai penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca.
Proses membuat lukisan tersebut adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek. Pelbagai teori diberi oleh penyelidik tentang lukisan tersebut antaranya adalah lukisan itu dibina oleh makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba.
Lukisan itu juga dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid dan stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan ‘kuasa’ tinggi di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena ‘fata morgana’.
Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan itu, suatu ketika dulu. Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di gurun itu. Sehingga kini asal-usul tentang lukisan tersebut masih kekal menjadi misteri.
sumber: wikipedia
Misteri Lukisan Bergaris Di Gurun Nazca, Peru
Reviewed by Admin
on
9:54:00 PG
Rating: