Aaron Gengster Singapura, Pernah Terlibat Aktiviti Tak Bermoral



Siapa sangka Aaron Aziz sebenarnya adalah bekas seorang gengster. Malah aktor pujaan ramai ini sendiri mengaku beliau pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.

Bercakap kepada mStar online, Aaron berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.

Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program E! Entertainment yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712.

Selain itu menerusi rancangan tersebut, kata Aaron, beliau juga akan berkongsi dalam 30 peratus rahsia peribadinya terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.


Malaysian Digest

Aaron Gengster Singapura, Pernah Terlibat Aktiviti Tak Bermoral Aaron Gengster Singapura, Pernah Terlibat Aktiviti Tak Bermoral Reviewed by Admin on 7:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.