Ribut di Putrajaya Iringi Hujan Rahmat 'Mencuci' Jerebu


Alhamdulillah! Berita yang menggembirakan penduduk Putrajaya dan sekitarnya. Seperti dimaklumkan oleh rakan yang duduk di sana. Hujan telah turun dengan lebatnya siap dengan ribut. Mengejutkan juga kerana ada bumbung rumah pun tercabut.


Menurut sumber, angin yang bertiup sangat kencang sampai pokok pun bengkok bila dibidas angin. Sebuah wakaf yang didirikan di satu kawasan Presint 18 juga roboh dek penangan angin ribut. Namun begitu jelas ianya seolah-olah 'mencuci' kawasan Putrajaya daripada pencemaran udara yang IPU semakin hari semakin tinggi sejak tiga hari yang lepas.




Alhamdulillah. Semoga seluruh Malaysia hujan dan jerebu berakhir. 

p/s: Semua yang terjadi atas kehendak Allah, dan yang pastinya ada hikmah atas setiap yang berlaku..

sumber

Ribut di Putrajaya Iringi Hujan Rahmat 'Mencuci' Jerebu Ribut di Putrajaya Iringi Hujan Rahmat 'Mencuci' Jerebu Reviewed by Admin on 9:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.