Kedua-dua pendaki mengalami penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) semasa dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest dan seorang meninggal dunia pada 5 petang (waktu Nepal) pada Isnin, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Keadaan cuaca buruk telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dan seorang lagi disahkan meninggal dunia.
“Proses membawa keluar mereka sedang diusahakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk memindahkan jenazah pendaki muda itu manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal,” kata seorang pegawai Malaysia di Kathmandu, Nepal.
“Pintu keluar terdekat ialah Lapangan Terbang Lukla. Kami perlu tunggu sehingga keadaan cuaca bertambah baik sebelum kami boleh membawa balik jenazah dan rakyat Malaysia yang sakit teruk ke Kathmandu.”
Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla, adalah sebuah lapangan terbang kecil di bandar Lukla, di Khumbu, daerah Solukhumbu, zon Sagarmatha, timur Nepal.
“Proses menghantar mereka pulang ke Malaysia hanya boleh dilakukan sebaik mereka berada di Kathmandu,” kata pegawai itu.
Di PUTRAJAYA, Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Zaharah Salamat berkata Allahyarham Mohammad Shahrulnizam, penolong jurutera, sedang mengikuti ekpedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp 2013.
Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
“Sehingga kini pihak PPj belum dapat kepastian bila jenazah akan dapat dibawa keluar dari Phericihe ke Kathmandu.
“Bagaimanapun usaha sedang dilakukan bagi memastikan jenazah dapat diterbangkan ke tanah air secepat mungkin,” katanya.
Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang pada 10 Jun. – Bernama
Punca Mohamad Shahrulnizam Meninggal Di Gunung Everest
Reviewed by Admin
on
9:02:00 PG
Rating: