Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menerusi Presidennya Abdul Rani Kulup Abdullah dalam satu kenyataan mempersoalkan kuasa Jabatan Agama Islam (JAKIM) dan beberapa pihak dalam memainkan peranan membanteras gejala negatif ini.
"Nampak kelemahan dari pihak berkuasa. Apabila sudah buat laporan polis, rakyat bangkit, baru nak ambil tindakan. Apa kerja kamu dalam JAKIM? Kenapa Islam seringkali dicela dan dihina? Melampau, hari-hari Islam dihina. MPT dengan terang menghina dan mengutuk Allah. Harus bertegas, hukum dan tangkap segera,"
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
Jelas Abdul Rani, isu melibatkan agama dan perkauman perlu ditangani segera kerana ia mengundang budaya tidak sihat dikalangan warganegara pelbagai kaum.
"Kenapa masih biarkan orang sebegini berleluasa di internet? Kenakan hukuman berat supaya tiada siapa lagi berani membuat perkara sebegini. Isu 'Sultan Melaka' misalnya, cepat saja bertindak. Itu tidak melibatkan perkauman sedangkan (MPT) ini perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, perpecahan, agama diperlekehkan," tegas beliau.
MPT yang mula aktif dalam tempoh kurang sebulan iaitu pada 11 Febuari lalu kini memperoleh kira-kira 1,600 'likes'. Namun yang demikian rata-rata komen yang dibuat oleh pengguna Facebook dilihat tidak selesa dengan kewujudan akaun terbabit.
Antara kandungan tulisan dalam akaun terbabit ternyata wujud unsur provokasi dan menghina.
Sumber: Rakyatnews.my
Kes Murtad Kini Merebak Ke Pantai Timur
Reviewed by Admin
on
10:33:00 PG
Rating: