Pelajar UMS Kemalangan Ketika Pusingan U


KERETA mangsa dirempuh sebelum diseret sejauh lebih 50 meter oleh bas ekspres. FOTO Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Akibat tidak berhati-hati ketika membuat pusingan U, dua orang maut selepas kenderaan jenis PERODUA Viva yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bas ekspres di Batu 10 Jalan Tuaran By Pass berhampiran simpang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya, di sini, kira-kira jam 8.20 malam tadi.

Pemandu Shazwan Hazlami, 23, dan penumpang Nurashila Abdullah, 23, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Manakala pemandu bas eskpres bersama 40 penumpang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai sedang membuat pusingan U sebelum dirempuh lalu diheret sejauh lebih 50 meter oleh bas ekspres berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes berkenaan di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APK) 1987.


Pelajar UMS Kemalangan Ketika Pusingan U Pelajar UMS Kemalangan Ketika Pusingan U Reviewed by Admin on 8:54:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.