Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu





PELAKON popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, sebentar tadi. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. - bharian
Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu Reviewed by Admin on 11:22:00 PG Rating: 5

Post Comments

Dikuasakan oleh Blogger.