Orang Ramai Boleh Menyemak Br1m Mulai Esok



Cyberjaya: Orang ramai yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 boleh menyemak akuan bank masing-masing mulai esok apabila bantuan itu dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, pengalaman kerajaan menguruskan BR1M sebelum ini menyebabkan mereka mengambil perhatian terhadap semua maklum balas penerima BR1M.

“Sebelum ini, terdapat rungutan di mana penerima BR1M perlu menunggu lama dan beratur panjang untuk menerima wang BR1M sehingga menyebabkan keadaan tidak selesa.

“Oleh itu, kabinet bersetuju meluluskan pemberian BR1M 3.0 kali ini disalurkan terus kepada penerima menerusi akaun bank tanpa melalui pelbagai prosedur menyusahkan mereka,” katanya.


Orang Ramai Boleh Menyemak Br1m Mulai Esok Orang Ramai Boleh Menyemak Br1m Mulai Esok Reviewed by Admin on 9:52:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.