Pasangan Direjam Sampai Mati


Quetta: Seorang lelaki dan wanita di barat daya Pakistan direjam sampai mati atas arahan ulama tempatan selepas dituduh mempunyai hubungan sulit.

Gambar hiasan.

Pihak berkuasa berkata, lapan orang ditahan, termasuk ulama terbabit kerana disyaki membunuh dalam kejadian di perkampungan Manzkai, 150 kilometer dari Quetta, kawasan pedalaman Baluchistan.

“Penduduk tempatan memberitahu pihak berkuasa pasangan itu direjam hingga mati.

"Sesetengahnya turut mengatakan mereka direjam dulu sebelum ditembak,” kata pegawai kanan pentadbiran tempatan, Zulfiqar Durrani kepada media.

Menurutnya, saksi memberitahu pihak berkuasa bahawa lelaki dan wanita itu, masing-masing suku kaum nomad dan sudah berkahwin didapati bersalah kerana menjalin hubungan sulit.

“Mayat mereka akan digali semula untuk dibedah siasat bagi memastikan punca kematian mereka,” katanya.

Pegawai polis suku kaum terbabit, Abdul Latif Kakar mengesahkan kejadian itu, tetapi memberi amaran kisah sebenar hanya dapat didedahkan selepas siasatan selesai. - AFP

Pasangan Direjam Sampai Mati Pasangan Direjam Sampai Mati Reviewed by Admin on 9:28:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.