Misteri Penemuan Mayat Pada Tayar Pesawat Airbus A340



WASHINGTON -AMERIKA SYARIKAT. Mayat seorang lelaki ditemui pada ruang tayar pendaratan pesawat Airbus A340 milik South African Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, di sini, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang tersebut memaklumkan, penemuan menggemparkan itu dibuat oleh petugas pada jam 1.30 petang (waktu tempatan) selepas pesawat dari Johannesburg terbabit tiba di Dulles, Khamis lalu.

Memetik laopran Reuters, susulan daripada insiden tersebut, pihak berkuasa termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai perlindungan sempadan telah dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, insiden terbabit tidak menjejaskan operasi di lapangan terbang tersebut. - AP

Misteri Penemuan Mayat Pada Tayar Pesawat Airbus A340 Misteri Penemuan Mayat Pada Tayar Pesawat Airbus A340 Reviewed by Admin on 10:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.