Tindakan bersumpah kononnya untuk membuktikan kebenaran berhubung insiden pergaduhan antara pasukan T-Team dan JDT tempoh hari itu dilihat mengelirukan serta mempermainkan agama dan begitu bersifat kebudak-budakan.
Dalam kehangatan orang ramai mencemuh tindakan itu, tidak ketinggalan pengacara terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang dilihat turut menegur perbuatan tersebut.
Sebaik sahaja upacara bersumpah tersebut dijalankan, melalui akaun twitter miliknya, Fedtri menulis:
"Muhasabah diri: Quran pun jarang² buka, tebal dengan debu. Mengembalikan fungsi sebenar Al-Quran, Bukan sekadar hiasan hantaran dan alat bersumpah"
"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya sebagai perisai, lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].
Al-Quran tidak dibaca, sebaliknya hanya jadi alat untuk bersumpah.
Pengacara TV3 Ahmad Fedtri Yahya Tegur Perbuatan Sumpah Dengan Al-Quran
Reviewed by Admin
on
9:00:00 PG
Rating: