GAMBAR: Nenek Mati Disembelih Cucu Sendiri



KUALA TERENGGANU: Tanpa diketahui puncanya, seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan tragik, selepas disembelih oleh cucunya sendiri.

Kejadian berkenaan berlaku di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Mangsa, Haliman Taib yang berusia 78 tahun ditemui salah seorang jirannya dalam keadaan tidak bernyawa di luar kawasan rumahnya.


Suspek kemudiannya menuju ke surau berdekatan dengan membawa pisau yang dipercayai digunakan ketika melakukan perbuatan tersebut dan mengaku telah menyembelih neneknya sendiri.


Lelaki berkenaan kini ditahan oleh pihak polis, manakala mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

GAMBAR: Nenek Mati Disembelih Cucu Sendiri GAMBAR: Nenek Mati Disembelih Cucu Sendiri Reviewed by Admin on 8:09:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.