Punca Jemaah Maut Jatuh Dari Jabal Nur



Makkah: Seorang jemaah warga Turki mati selepas jatuh dari Bukit Nur di sini ketika mengejar seekor monyet yang meragut begnya.

Lelaki berusia 40-an itu melawat bukit berkenaan di selatan bandar Makkah menjelang musim haji apabila monyet itu menyerangnya berhampiran Gua Hira.

Akhbar Sabq melaporkan, mangsa yang namanya tidak disiarkan tiba bersama jemaah lain melawat bukit berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari bandar Makkah apabila kejadian berlaku.

Dia meninggalkan rakannya untuk mengejar monyet yang meragut begnya.
“Dia berlari menuruni bukit untuk mengejar monyet itu, tetapi terjatuh ke bawah,” lapor akhbar berkenaan.

Pasukan pertahanan awam yang tiba di bukit berkenaan selepas menerima laporan berjaya menemui mayat lelaki itu di celah batu. - Agensi

Punca Jemaah Maut Jatuh Dari Jabal Nur Punca Jemaah Maut Jatuh Dari Jabal Nur Reviewed by Admin on 8:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.