Lagi Kes Bawa Anjing Ke Pasaraya. Kali Ini Berlaku Di Tesco Ampang !



KUALA LUMPUR - Susulan kes dua wanita bawa anjing dalam troli pasar raya Tesco Plentong Johor Bahru, kini tersebar pula gambar seorang lelaki melakukan perkara yang sama.

Gambar yang dimuat naik oleh Muhammad Senyum pada 6 September lalu menunjukkan seorang lelaki berpakaian pejabat membawa anjingnya di dalam troli pasar raya Tesco Ampang.

Rakaman gambar itu didakwa berlaku pada 25 Ogos yang lalu.

Ekoran itu, netizen menggesa pihak Tesco Ampang mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Tesco Plentong, menyertu kesemua troli milik mereka.

Gesaan itu dibuat berikutan ia membabitkan sensitiviti pengguna beragama Islam di negara ini yang mana Tesco juga merupakan pasar raya pilihan orang ramai.

Dalam kenyataan terbaru pihak Tesco hari ini, mereka bercadang mahu meletakkan papan tanda saiz yang besar mengenai larangan membawa haiwan ke pasar raya berkenaan.

Respon netizen pula meminta pihak Tesco turut menggunakan tulisan bahasa Cina dengan saiz font yang besar agar difahami oleh pengguna berbangsa Cina kerana rata-rata mereka tidak memahami arahan atau larangan dalam bahasa Malaysia.

sumber

Lagi Kes Bawa Anjing Ke Pasaraya. Kali Ini Berlaku Di Tesco Ampang ! Lagi Kes Bawa Anjing Ke Pasaraya. Kali Ini Berlaku Di Tesco Ampang ! Reviewed by Admin on 7:56:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.