Inilah Sebab Kenapa PM Mengadap Sultan Johor



JOHOR BAHARU, 20 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.

Najib menghadap Sultan Ibrahim selama sejam selepas difahamkan tiba di istana berkenaan kira-kira 11.30 pagi.

"Pertemuan selama 1 jam ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan," kata perdana menteri dalam catatan akaun Facebook beliau.

Beliau turut memuat naik gambarnya bersama-sama Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Najib juga merasmikan Bangunan UMNO Muar petang ini. - BERNAMA

Inilah Sebab Kenapa PM Mengadap Sultan Johor Inilah Sebab Kenapa PM Mengadap Sultan Johor Reviewed by Admin on 9:51:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.