Masyallah Bhai...dari petang semalam aku dok terfikir dan tak berani nak post sebab belum pasti.
Hari ini Allah Taala selesai segala persoalan yang bermain di dalam kepala sebahagian dari mereka yang was was dan tidak percaya.
Ehwal Buah Zaqqum yang sibuk di perkatakan di laman media sosial, tanpa bertanya kepada yang arif dan ahli...masing masing buat posting tentang buah dari Neraka ini iĆ itu Buah Zaqqum.
Disini aku paparkan Penjelasan Ulama Muda yang sekarang tinggal di bumi Madinah iaitu Al Fadhil Ustaz Khann Da'ie tentang photo photo buah zaqqum yang telah di perkecohkan...!!
Selamat membaca supaya jadi orang pandai yang tidak memandai mandai.....
Cerita
Tersebar berita Pokok Zaqqum Taif di kalangan orang Malaysia kita yang sememangnya gemar menyebar berita pelik sebelum di selidik..mungkin Best sangat agaknya sebar berita pelik dari Bumi Arab...
Lebih baik sebar berita tentang Kehidupan Akhirat agar membina jati diri kita untuk menambah bekalan Amal sebelum pulang ke Akhirat..
Untuk Makluman semua Taif ialah bumi subur dengan cuaca nya yang kedinginan seakan berada di Europe...banyak buah-buahan di tanam di sana termasuklah Anggur taif yang sangat masyhur...
Alhamdulillah, sering kali juga kami ulang alik ke Bumi Taif ini kadangkala ambil angin masa cuti dan adakala sebagai Mutawif bawa jemaah Umrah ziarah Taif..pernah juga kami keluar Dakwah di Taif...
Bila tersebarnya berita ini maka kami telah dapat makluman memang ada sejenis pokok macam ni tapi bukan zaqqum cuma dia dari jenis Gharqod berduri yg memang langsung tak de kena mengena dgn Zaqqum dan bukan nya tumbuh di Bumi Taif...
Kami dah tanya Sheikh di Madinah..Betul ke ada buah Zaqqum di Taif...? sambil senyum Sheikh Jawab 'Zaqqum tu ada di Neraka..di dunia tiada'...
Semoga kita sama sama hentikan sebar berita pelik dan kita buat keputusan untuk buat usaha Dakwah sebarkan Islam yang sememangnya tugas kita...
Sebarkan Kalimah ALLAH di atas muka Bumi ini..sebarkan kebaikan Islam dan Sunnah Nabi Saw..
Semoga ALLAH ampuni kita semua dan jadikan kita semua asbab hidayat..amin...
Us khann Daie
Madina Munawwarah
Kota Baginda Saw
Penjelasan Sebenar Tentang Gambar Viral Tentang Pohon Di Neraka, Zaqqum Yang Tumbuh Di Thoif
Reviewed by Admin
on
8:51:00 PG
Rating: