Sayu, Dirempuh Hilux Yang Langgar Lampu Isyarat, 10 Hari Bertarung Nyawa Akhirnya Ikmal Pergi



TEMERLOH - Remaja lelaki yang koma selepas motosikal ditunggang dirempuh Toyota Hilux dipandu seorang ketua kampung di sini dalam kejadian pada 9 September lalu meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), kelmarin.

Mangsa, Mohamad Kamarul Ikmal Mohamad, 15, yang parah akibat dirempuh Toyota Hilux itu meninggal dunia selepas lapan hari dirawat di ICU.

Dalam kejadian membabitkan lima kenderaan itu, mangsa dirempuh Toyota Hilux dipandu seorang ketua kampung menyebabkan mangsa tercampak bersama motosikal yang ditunggang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, dalam kejadian jam 10.21 malam di persimpangan lampu isyarat Jalan Bahagia itu, pacuan empat roda itu merempuh seorang penunggang motosikal dan merempuh pula tiga kenderaan lain di stesen minyak BHP Jalan Tengku Ismail.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila sebuah Toyota Hilux dari arah bandar Mentakab menghala ke Temerloh melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh sebuah motosikal yang cuba melintas jalan dari Jalan Bahagia ke Jalan Aman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kini ditukar kepada Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - SH

Sayu, Dirempuh Hilux Yang Langgar Lampu Isyarat, 10 Hari Bertarung Nyawa Akhirnya Ikmal Pergi Sayu, Dirempuh Hilux Yang Langgar Lampu Isyarat, 10 Hari Bertarung Nyawa Akhirnya Ikmal Pergi Reviewed by Admin on 10:01:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.