Menurutnya, beliau pernah membawa sekumpulan Kristian dan Yahudi untuk melawat sebuah masjid di Durban, Afrika Selatan. Semasa hendak memasuki masjid, Syeikh Ahmad Deedat bukan sahaja membuka kasut beliau, tetapi juga meminta kumpulan tersebut menurutinya, dan mereka semua pun membuka kasut masing-masing.
Lalu beliau bertanya rasional membuka kasut kepada kelompok berkenaan. Mereka menjawab, “Tidak tahu.” Kemudian Syeikh Ahmad Deedat menjelaskan, sewaktu Musa (a.s) berada di Gunung Sinai, Tuhan berfirman kepadanya:
Lalu Ia berfirman: "Janganlah datang dekat-dekat: tanggalkanlah kasutmu dari kakimu, sebab tempat, di mana engkau berdiri itu, adalah tanah yang kudus." (Keluaran 3:5)
Semasa kumpulan tersebut duduk di bangku dan memerhati, beliau meminta izin untuk pergi mengambil wudhu. Setelah itu, beliau datang semula kepada mereka dan menjelaskan bahawa wudhu bukan sahaja bersih kerana diambil lima kali sehari, malah ia juga mempunyai rujukan sejarah. Beliau memetik ayat berikut:
Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. (Keluaran 40: 31-32)
Sesudah menunaikan solat fardhu, beliau sekali lagi menghampiri kumpulan tersebut yang kini sibuk memerhatikan Muslim yang melakukan solat sunat. Syeikh Ahmad Deedat menjelaskan setiap posisi dan gerakan solat, dan yang paling menarik perhatian adalah posisi sujud. Beliau menyatakan, sambil menuding ke arah posisi sujud, bahawa begitulah cara semua nabi menunaikan solat. Beliau menguatkan lagi hujahnya dan memetik:
Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya: .. (Kejadian 17:3)
Lalu tertunduklah Abraham .. (Kejadian 17:17)
Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka. (Bilangan 20:6)
Yosua bersujud menyembah dan berkata, .. (Yosua 5:14)
Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, .. (Matius 26:39)
Syeikh Ahmad Deedat memberitahu kepada kumpulan itu bahawa mereka sangat mengetahui cara beribadah Kristian dan Yahudi, dan kini mereka juga telah mengetahui cara beribadah golongan Muslim.
Beliau dengan sopan bertanya kepada mereka cara beribadah siapakah yang lebih Kristian (maksudnya lebih dekat dengan cara Yesus atau Nabi Isa a.s)? Kumpulan Kristian dan Yahudi tersebut sepakat mengatakan: “Sudah pasti cara beribadah golongan Muslim lebih Kristian berbanding dengan yang lainnya.”
Ramai Kristian yang kini memeluk Islam mengaku bahawa mereka kini adalah “Kristian” yang lebih baik dengan melakukan semua perbuatan tersebut. Perkataan “Kristian” bermakna “pengikut Kristus” ataupun “Krist-ian”. Jadi bagaimana mungkin mereka yang kini mengaku Muslim mendakwa bahawa mereka adalah pengikut Yesus atau Nabi Isa a.s yang lebih dekat?
Mari kita fikirkan perkara ini secara logik dengan menganalisa hal yang dikatakan Al-Kitab mengenai Yesus (a.s). Misalannya, jika kita membaca injil, kita akan dapati ayat yang menyatakan bahawa Yesus (a.s) berdoa sambil bersujud, memberi ucapan salam kepada pengikutnya, dan berpuasa untuk jangka masa tertentu.
Hakikatnya, ramai daripada mereka yang dahulunya Kristian mengetahui bahawa mereka adalah Muslim melalui makna setiap kalimat, sebelum menemui akidah fitrah yang pasti melalui makna teks Al-Quran yang diwahyukan kepada Utusan Terakhir, Nabi Muhammad (s.a.w).
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah Al-Hajj, ayat 77)
Lihatlah betapa penerimaan manusia terhadap keesaan Allah SWT tidak dapat dipisahkan daripada fitrahnya. Sebahagian orang pada masa kini yang mendakwa bahawa mereka mengikut jalan Yesus, Abraham, dan Musa (‘alaihimus salam) telah terpesong dari jalannya. Dalam kes Kristianiti, kesilapan manusia telah mencipta satu fahaman yang salah tentang Yesus (a.s) dan menjadikannya sesuatu yang tidak pernah baginda akui.
Sekarang tanyakan diri anda secara jujur, siapa yang sebenarnya meneladani Yesus (a.s)? Sebagaimana yang anda maklum, golongan Muslim dengan rendah hati sujud ke bumi sekurang-kurangnya lima kali sehari.
Golongan Muslim mengikuti agama Yesus (a.s), akidah yang disampai dan diamalkannya. Begitu juga, Muslim menyembah Tuhan sama yang disembah Yesus (a.s), Tuhannya Abraham, Musa dan Muhammad (‘alaihimus salam).
Tambahan juga, orang Islam sentiasa mengucap salam sesama mereka dengan ucapan “Assalamu’alaikum”. Sebagaimana Yesus (a.s) berpuasa selama 40 hari, golongan Muslim juga menunaikan puasa di bulan Ramadhan.
sumber
Bagaimanakah Abraham, Musa, Yesus, Dan Muhammad Beribadah?
Reviewed by Admin
on
8:28:00 PTG
Rating: