Lebih 100,000 Menghijaukan Stadium Darul Aman Kedah


kulihat hijau, gambar, foto, perhimpunan hijau, berapa jumlah, hadir, ramai, manusia, pas, pakatan rakyat, stadium, hadir,alor star, kesesatan jalan raya, banyak orang
Gambaran awal di salah satu sudut stadium, orang ramai masih kurang.

Maaf saya baru sampai dari Alor Star sekejap tadi dan kini baru dapat mencatatkan peristiwa yang berlaku di Alor Star siang dan malam tadi. Perjalanan dengan kereta berkelajuan 130 hingga 140 km perjam (bukan saya pandu) saya tiba kira-kira jam 6:05 pagi. Sebaik sampai depan rumah sepasang murai yang menumpang tidur di pohon mangga, berkicau riang seakan memberi salam dan menyambut kepulangan saya dengan riang gembira. Rupanya mereka juga merasai kegembiraan yang masih berkembang ke dalam seluruh diri saya yang tercipta di stadium Darul Aman itu.

Beberapa minit selepas itu azan Subuh kedengaran dari tiga penjuru dari surau dan masjid berdekatan kediaman saya. Murai seakan mengetahui akan keceriaan dan kebahagian hati saya. Sampai kini ia masih berkicau kicau mengkhabarkan apa yang bakal saya tulis dan catatan dalam posting ini. Semuanya tentang kemeriah, kehangatan dan kejayaan Himpunan Hijau Ke Putraja yang berlangsung seharian suntuk di Alor Star Kedah semalam.

Saya bersama tiga rakan, sdr Rushdan Mustapa, Zulaimi Kazin dan Sabree Shaffei bertolak jam 3:40 petang kelmarin dari rumah di Wangsa Melawati KL menuju ke Alor Star. Terima kasih kepada mereka bertiga kerana memungkinkan saya menghadiri pertemuan penuh bermakna dan bersejarah itu. Mulanya sudah kebenaratan untuk pergi kerana kaki di serang "Umno" dengan tiba-tiba. Namun kerana semangat dan keinginan membuak-buak dalam jiwa akhirnya sampai juga saya ke Alor Star setelah mengambil suntikan di klik dengan bantuan Rushdan dan Zulami. Sepanjang perjalanan saya banyak tidur sambil mengulik kesakitan.

Rushdan dan Zulaimi bersungguh membawa saya ke klinik bagi memastikan saya dapat ke Alor Star. Nah, ternyata pengorbanan kawan dan kesungguhan diri tidak mengsia-siakan. Di Alor Star, himpunan raksasa yang dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya menjadikan saya lupa segala sakit dan kepedihan. Deruan dan laungan takbir menghilang lenyapkan kepedihan di kura-kura kaki. Anih saya dapat menapak dan memanjat tangga ke astaka di dalam stadium dengan mudah dan lancar. Benarlah kata orang kalau sudah ada semangat semua masalah dapat diatasi. Memang kita ini hidup dengan jiwa bukannya dengan wang ringgit dan kekayaan lain. Kandati ada punya tetapi kalau jiwa sudah kering kita tidak akan peduli kepada nasib dan dunia di luar diri kita.

Sakit, pedih, letih dan sebagainya tidak dihiraukan lagi. Belum pernah saya saksikan apa yang berlaku di stadium Darul Aman kira-kira 10 jam lalu. Pemandangan itu pernah saya saksikan di stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu, tetapi bukan di tempat lain.

Saya rasa itulah pertama kali stadium berkenaan dipenuhi dengan lebih 100,000 manusia yang seragam, sejiwa dan sedestinasi. Mereka berpakaian hijau, ditangan terpegang bendera besar dan kecil melaungkan takdir Allhuakbar dan bersorak keseronokan. Mendamaikan mereka berhimpun dengan penuh tertib terni dan harmoni.

Mereka berpadu suara dan berpadu warna menjadikan seluruh stadium diselubungi warna hijau mendamai dan membahagiakan. Setiap orang yang berada dalam stadium saya pasti bulu roma mereka meriding berdiri dan lengan menjadi berbintik-bintik. Stadium yang boleh memuatkan penonton sebanyak 45,000 itu penuh sesak. Tiada seinci ruang yang kosong. Begitu juga di atas padang sendak yang dianggarkan 10,000 yang duduk tanpa menghiraukan keadaan padang yang agak becak kerana pada siangnya disiram hujan. Manakala di luar pula mereka yang tidak dapat masuk dianggarkan 40,000 sambil menyaksikan apa yang berlaku di dalam stadium menerusi beberapa skrin besar.

Sukar untuk membayangkan seramai mana manusia sebenarnya. Yang jelasnya himpunan yang mensasarkan 100,000 itu mencapai matlamatnya. Kesesakan jalan raya berlaku sepanjang 10 km di beberapa batang jalan menuju ke stadium. Melihat kepada kenderaan, ratusan buah bas yang diparking di sepanjang jalan atau mana-mana tanah lapang menunjukkan mereka datang dari luar Kedah. Dari jumlah 100,000 itu bolehlah diagakkan 50,000 rakyat Kedah menakala selebih dari luar dan dari seluruh negara.

Boleh disifatkan himpunan malam tadi adalah kedua terbesar selepas himpunan Bersih 3.0 yang baru lalu. Himpunan Hijau itu sudah tentu menjadikan tidur Najib Razak terganggu ini menyebabkan parlimen dijangka dibubarkan dalam sehari dua ini akan tertengguh lagi dan tertangguh lagi.....

Maaf... berikan saya untuk berihat dan akan saya sambung cacatan dan ulasan mengenai Himpunan Hijau ke Putraja ini menjelang tengah nanti nanti sesudah saya pulang dari satu majlis di ibu negara. Di sini saya hidang beberapa keping gambar tanpa mengikut kronologinya teristimewa untuk penjenguk blog Merah Tinta. Saksilah gambar dari tangan saya sendiri. Ohnya di Fb saya ada saya masukkan klik video yang sempat saya rakam.

kulihat hijau, gambar, foto, perhimpunan hijau, berapa jumlah, hadir, ramai, manusia, pas, pakatan rakyat, stadium, hadir,alor star, kesesatan jalan raya, banyak orang
Stadium sudah penuh sesak dipadang dan juga di tempat duduk.

Semua ruang dan arah penuh.

kulihat hijau, gambar, foto, perhimpunan hijau, berapa jumlah, hadir, ramai, manusia, pas, pakatan rakyat, stadium, hadir,alor star, kesesatan jalan raya, banyak orang
Ramai hingga tidak terhitung.

kulihat hijau, gambar, foto, perhimpunan hijau, berapa jumlah, hadir, ramai, manusia, pas, pakatan rakyat, stadium, hadir,alor star, kesesatan jalan raya, banyak orang
Mahfuz Omar yang jadi pengarah himpunan tertegun.

kulihat hijau, gambar, foto, perhimpunan hijau, berapa jumlah, hadir, ramai, manusia, pas, pakatan rakyat, stadium, hadir,alor star, kesesatan jalan raya, banyak orang
Mohamad Sabu, Azizan Razak, Abdul Hadi dan lain-lain di pentas utama.

kulihat hijau, gambar, foto, perhimpunan hijau, berapa jumlah, hadir, ramai, manusia, pas, pakatan rakyat, stadium, hadir,alor star, kesesatan jalan raya, banyak orang
Muslimat juga tidak ketinggalan bangkit berhimpun untuk ke Putrajaya.

kulihat hijau, gambar, foto, perhimpunan hijau, berapa jumlah, hadir, ramai, manusia, pas, pakatan rakyat, stadium, hadir,alor star, kesesatan jalan raya, banyak orang
Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu mungkin tidak terfikir himpunan itu dibajiri 100,000 manusia.

kulihat hijau, gambar, foto, perhimpunan hijau, berapa jumlah, hadir, ramai, manusia, pas, pakatan rakyat, stadium, hadir,alor star, kesesatan jalan raya, banyak orang
Dr Nik Zain mengangkat bendera Pas sebagai menandakan jihadnya bersama Pas bermula.


Lebih 100,000 Menghijaukan Stadium Darul Aman Kedah Lebih 100,000 Menghijaukan Stadium Darul Aman Kedah Reviewed by Admin on 1:45:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.