Bot itu sebelum ini telah mencipta rekod kerana bejaya mengelilingi dunia dengan menggunakan kuasa solar.Ia memperoleh kuasa dengan menggunakan sel solar yang disediakan oleh syarikat Sunpower Corporation.
Bot yang sepanjang 31 meter itu akan berada di Malta sehingga 10 Ogos depan.Namun, orang ramai tidak dibenarkan untuk memasuki bot tersebut.
Pembinaan bot itu dibiayai oleh seorang ahli perniagaan Jerman dengan kos sebanyak 12.5 juta euro (RM47.97 juta).
Bot itu berlepas dari Monaco pada 27 September 2010 untuk mengelilingi dunia.Ia tiba semula di Monaco pada 4 Mei 2012.Terdapat enam kru dalam bot tersebut.
sumber
Bot Solar Terbesar Di Dunia
Reviewed by Admin
on
9:40:00 PG
Rating: