Gambar Perodua Alza Baru Tahun 2014



Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan memperkenalkan model PERODUA Alza yang dipertingkatkan dengan beberapa ciri baru pada Januari depan bagi merancakkan lagi jualan model popular itu yang mula diperkenalkan di pasaran, empat tahun lalu.

Berdasarkan kepada iklan yang dikeluarkan, model kategori kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak itu dibuka untuk tempahan Jumaat lalu dan dijangka berada di semua bilik pameran PERODUA pada 10 Januari depan serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Premium dan Advance.

Antara beberapa perubahan pada bahagian dalaman dan luaran pada model itu termasuk reka bentuk bampar depan dan belakang serba baru, lampu belakang lebih menarik, paparan meter baru, tempat letak tangan dengan ruang simpanan, sistem multimedia dengan navigasi serta kamera undur.

Ciri paling ketara ialah pengenalan sistem ISOFIX yang kini menjadi standard antarabangsa iaitu kerusi penumpang belakang dilengkapi cangkuk yang dibina siap pada kerusi sebagai pilihan kepada penggunaan tali pinggang untuk mengikat kerusi kanak-kanak.

Selain itu, Alza serba baru itu dilihat lebih praktikal apabila barisan kerusi ketiganya boleh dilipat secara berasingan manakala skrin monitor dibahagian tengah untuk tujuan hiburan sepanjang perjalanan. Ciri lain ialah padanan rim sport baru serta lapisan pelindung keselamatan dan solar manakala kekemasan dalamannya berwarna hitam berbanding dua tona sebelum ini.

Sumber industri berkata, harga jualan bagi model Alza itu bergantung kepada jenis varian belum diumumkan, tetapi berdasarkan kepada tempahan yang dibuka, ia mungkin dipasarkan mengikut harga sama bagi model sedia ada sekarang.


“Pembeli hanya perlu membuat bayaran RM500 untuk tujuan tempahan dan PERODUA akan memproses pinjaman pembeli berdasarkan kepada harga Alza sekarang untuk tujuan kelulusan pembiayaan.

“Jika ada sebarang kenaikanpun, ia mungkin pada jumlah kecil atau jika tiada, ia mungkin satu langkah positif diambil PERODUA untuk mengekalkan harga kenderaan itu, tetapi menawarkan beberapa ciri tambahan yang memberi nilai tambah kepada pembeli sebagaimana dilakukan pada model Myvi sebelum ini,” katanya.kepada Bisnes Metro.

Sementara itu, merujuk kepada harga jualan PERODUA Alza yang dipetik menerusi laman web www.perodua.com.my, harga jualan model transmisi automatik untuk warna metalik bagi pasaran Semenanjung Malaysia ialah dari RM57,017 (Alza S) manakala RM64,017 bagi varian Premium dan varian Advanced dijual pada harga RM70,017 seunit.



Gambar Perodua Alza Baru Tahun 2014 Gambar Perodua Alza Baru Tahun 2014 Reviewed by Admin on 12:23:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.