Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada pukul 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, Jun Jie yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong.
Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ. - BERNAMA
Mayat Pelajar Universiti Singapura Tergelincir Di Gunung Stong Ditemui
Reviewed by Admin
on
9:13:00 PG
Rating: