Pelajar Politeknik Dungun Yang Hilang Ditemui Lemas



DUNGUN – Seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang di laut semasa mandi di Pantai Teluk Bidara di sini semalam ditemui lemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira pukul 7.50 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak semalam.

Beliau berkata mayat pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif itu ditemui terdampar kira-kira 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Semalam mangsa bersama 12 rakannya yang lain pergi ke pantai itu untuk mandi-manda apabila seorang daripada mereka Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menemui ajal akibat lemas.

“Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa yang terdampar berhampiran batu di pantai berkenaan.

“Terdapat kecederaan pada kepala Mohd Hanif. Mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA


Sumber gambar: tengoktvonline




Pelajar Politeknik Dungun Yang Hilang Ditemui Lemas Pelajar Politeknik Dungun Yang Hilang Ditemui Lemas Reviewed by Admin on 9:29:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.