MB Terharu Gardenia Tak Mahu Terima Bayaran



SHAH ALAM - Dek kerana tindakannya menahan dua buah lori Gardenia dan meminta pemandu lori mengagihkan roti tersebut kepada mangsa banjir yang tersekat dalam kesesakan lalu lintas, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menerima pujian ramai.

Namun hari ini, Ahmad pula merasa terharu apabila pihak Gardenia enggan menerima bayaran harga roti yang seperti yang dijanjikannya sewaktu kejadian itu.

Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia, saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut.

"Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois, pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” kata Ahmad.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orang ramai.

Lori terbabit yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka.

Ahmad kemudiannya berbincang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur dan bersetuju untuk membayar harga kesemua roti yang diagihkan itu kepada mangsa yang terperangkap itu.


MB Terharu Gardenia Tak Mahu Terima Bayaran MB Terharu Gardenia Tak Mahu Terima Bayaran Reviewed by Admin on 8:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.