Ketika kejadian, bayi berkenaan, Norisah Wae-Useng berada di dalam kereta sorong bayi sebelum dilanggar kereta jenis Proton Wira dipandu neneknya, Roda Komeng, 28, yang turut dinaiki ibunya, Nuri Deris, 19, kira-kira jam 5.30 petang.
Difahamkan, bayi berkenaan berada di garaj yang terletak di belakang restoran milik Roda sekeluarga bersama seorang ahli keluarga yang sedang membuat persiapan sebelum membuka premis berkenaan pada jam 8 malam.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila Roda hendak meletakkan kenderaan dipandunya ke dalam garaj selepas pulang membuang sampah di kawasan berhampiran.
“Bagaimanapun, Roda tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu melanggar kereta sorong bersama bayi berkenaan sebelum merempuh dinding bilik air.
“Rempuhan mengakibatkan kereta sorong bersama bayi itu terperosok di bawah kereta dan Roda hanya menyedari keadaan cucunya selepas dimaklumkan ahli keluarga yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohd Nur berkata, bayi yang cedera parah di bahagian kepala dibawa ke Poliklinik Merlimau sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.45 petang.
“Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, pekerja restoran itu, Zamri Nik Muda, 23, berkata, ketika Roda hendak menghentikan kereta seorang penghantar tong gas berusia 30-an cuba bergurau sambil menjerit memaklumkan terdapat ular di dalam kereta terbabit.
“Roda yang terkejut tertekan pedal minyak dan melanggar kereta sorong cucunya itu dan merempuh dinding bilik air,” katanya.
Katanya, Norisah dibawa ke Malaysia dari Pattani, Thailand oleh Roda kira-kira dua minggu lalu kerana Nuri dan suaminya Wae-Useng Sulong, 27, bekerja di restoran tersebut.
Difahamkan mayat bayi itu dikebumikan di Pattani, Thailand. - Sinar Harian
Gurauan Ular Bawa Padah, Bayi 5 Bulan Maut
Reviewed by Admin
on
9:00:00 PG
Rating: