Disangka Janin Manusia Rupanya Janin...



KEMAMAN – Polis mengesahkan janin yang ditemui seorang remaja di sebuah tandas surau di Durian Burung Kuala Terengganu petang semalam, adalah janin kucing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkatahasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membuktikan janin berkenaan bukan janin manusia.

“Maklumat awal mengatakan ia janin manusia namun hasil laporan (bedah siasat) mengesahkan ia adalah janin haiwan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam seorang jemaah lelaki terkejut apabila menjumpai dua ketulan yang disyaki janin kembar di pintu masuk tandas surau berkenaan dalam kejadian pada kira-kira 3 petang.

Wan Abdul Aziz turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar dan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden berkenaan. – BERNAMA

Disangka Janin Manusia Rupanya Janin... Disangka Janin Manusia Rupanya Janin... Reviewed by Admin on 7:46:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.